Kamis, 23 Januari 2014

Browse » home» » » » » » » » » » 4 Jenis Jerawat Biasa Mungkin Tumbuh Pada Kulit Anda

4 Jenis Jerawat Biasa Mungkin Tumbuh Pada Kulit Anda


Artikel berkaitan jenis jerawat telah lama diminta oleh beberapa rakan yang pernah mengunjungi blog ini. Jadi, saya pun cuba sedaya upaya melakukan kajian serta rujukan bagi memudahkan anda memahami jenis jerawat yang boleh dirawat. Pun begitu, saya mohon maaf kerana mengambil masa yang agak lama untuk menyediakannya. 

Cuma untuk artikel kali ini saya hanya fokuskan pada jerawat biasa. Suka saya ingatkan semula, jerawat biasa. Bukannya jerawat serius. Jerawat biasa terbahagi kepada empat jenis iaitu:


1. Komedon Tertutup ataupun Whitehead


Whitehead atau dalam Bahasa Melayu dipanggil bintik putih berlaku apabila pergerakan sebum ke permukaan kulit tersekat. Pada masa yang sama pula bakteria telah merebak. Apabila pergerakan kedua-duanya tersekat, maka terjadilah bintik putih.

Hasilnya jadilah seperti paparan di bawah;




2. Komedon Terbuka ataupun Blackhead



Blackhead ataupun bintik hitam pula bermula apabila liang halus pada permukaan kulit terbuka dan memberi ruang kepada udara melaluinya. Kemudian, melanin (penentu warna kulit anda) yang terkandung dalam sebum bertukar menjadi gelap (hitam) apabila terdedah kepada udara. Melanin yang bertukar menjadi gelap itulah yang anda nampak sebagai bintik hitam seperti di bawah.

Cuba "zoom" mata anda pada bahagian hidung. 





3. Papule

Papule merupakan benjolan merah dan keras yang timbul pada permukaan kulit. Atau mungkin ada di antara anda lebih faham jika saya katakan ia seperti bintat. Saiznya agak kecil saja. Tidak melebihi 5mm pun.



4. Pustule

Keadaan jerawat pustule juga kelihatan bengkak seperti jerawat papule tetapi berbentuk kubah. Ia juga lebih sensitif.



Ia juga merupakan jangkitan koloni P. Acnes (bukan Agnes Monica yer) dalam kelenjar minyak yang telah tersumbat dan menyebabkan ia bernanah.


Moga paparan jenis-jenis jerawat di atas membantu anda mengenalpasti jenis jerawat yang dihadapi. Kalau tiada, bermakna tahap jerawat anda dah serius. Mungkin nodul, takpun sista (cyst). Bila dah kronik lagi susah untuk dirawat serta rawatannya pun memakan masa lebih lama.

Saya cadangkan anda rawat sebelum terlewat. Jangan tunggu sampai dah parah baru nak rawat. Lagi susah  dan silap haribulan anda terpaksa bayar lebih untuk kos rawatan.

Jika anda perlukan panduan, rawatan dan khidmat nasihat selanjutnya, pakar jerawat yang telah merawat  dan membantu ramai rakyat Malaysia menangani masalah jerawat dengan berkesan boleh dihubungi di sini. 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar